me

Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, September 7, 2011

dia sahabat....

 Tips "DIA" Sahabat Sejati  




Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  1.  Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  2.  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu."

Ada juga yang berpesan: "Sesiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka melebihkan kawan daripada diri sendiri, maka lebih baik dia berkawan dengan ahli kubur!".

Begitu sekali pesanan dalam memilih kawan. Marilah bersama-sama kita periksa diri masing-masing sama ada layak menjadi sahabat sejati atau hanya layak menjadi kawan kepada ahli kubur.

Siapakah sahabat paling rapat yang pernah kita miliki????

No comments:

Post a Comment