me

Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, February 22, 2014

diet2.... work out turunkan berat.....

TIP DIET BY RAPI.....



so bg yg nk diet baca2 la sebab-sebab diet anda tidak menjadi.... ;-)





Terdapat beberapa program diet yang tidak berhasil iaitu:
 
1. Diet Sup Kobis
Kaedah Yang Digunakan:
 
Ia diet ekstrim kerana boleh menurunkan berat badan secara drastik
dengan hanya mengambil sup kobis selama tujuh hari. Dengan menikmati
semangkuk sup  kobis dengan pilihan makanan rendah kalori ia membantu
mengurangkan berat badan sebanyak 4.5kg.
 
Mengapa Tidak Berhasil:
 
Diet ini tidak disarankan kerana ia boleh menghilangkan pelbagai
nutrisi, kekurangan vitamin dan mineral. Ia juga merosakkan keindahan
rambut,kuku dan kulit.Selain itu, badan tidak akan mendapat apa-apa
kalori, perut akan masuk angin kerana diet yang sangat ketat dan
menganggu sistem pencernaan.
 
 
 
2. Diet Makanan Bayi
Kaedah yang Digunakan:
 
Teori diet ini menggantikan makanan yang biasa diambil kepada ukuran
makanan bayi atau makanan bayi. Contohnya, makanan yang dikisar, bubur
dan snek bayi. Melalui pengambilan makanan bayi, ia membantu untuk
mengelak makan terlalu banyak sehinggakan anda merasa kenyang, makan
dalam jumlah yang kecil.
 
 
Mengapa Tidak Berhasil:
 
Makanan bayi mungkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi
makanan bayi tidak mampu memenuhi keperluan serat, protein, karbohidrat
dan kalsium pada orang dewasa.  Walaupun cara ini tidak berbahaya pada
masa akan datang tetapi kesannya boleh mengakibatkan gangguan otot
tulang.
 
 
3. Diet Air
Kaedah Yang Digunakan:
Sepanjang hari, anda perlu minum air sebanyak 64 auns untuk memberikan
tenaga pada badan. Malah, kita memerlukan 12 kalori pada setiap liter
air. Jadi, seseorang yang melakukan diet air akan membakar kalori secara
semulajadi. 
 
Mengapa Tidak Berhasil:
Secara teoriti, diet ini tidak masuk akal. Tidak dinafikan dengan minum
air yang banyak setiap hari dapat memberikan gaya hidup yang sihat.
Namun, tidak semua dapat mengikuti diet ini terutamanya pesakit jantung,
ginjal dan hati kerana ia mempunyai gangguan penyimpanan cairan dan
ketidakseimbangan elektrolit. 
 
 
4. Diet Coklat Susu
Kaedah Yang Digunakan:
Diet ini dilakukan dengan cara minum tiga gelas susu coklat sepanjang
hari dengan pola pemakanan yang  sihat. Gabungan kalsium,vitamin D,
protein, karbohidrat
dan senaman membantu seseorang tanpa perlu melakukan diet lain. Selain
itu, kombinasi protein dan karbohidrat akan membantu metabolisme badan
membakar
lemak.
 
Mengapa Tidak Berhasil: 
Tidak ada bukti menunjukkan bahawa vitamin D atau kalsium akan
menyebabkan penurunan berat badan. Protein dan karbohidrat yang terdapat
dalam makanan pula digunakan untuk membantu badan selepas 30 minit
bersenam. 
 
 
5. Diet Rendah Karbohidrat 
 
Kaedah Yang Digunakan: 

  • Tujuan diet ini adalah memaksa badan menggunakan lemak sendiri sebagai
    sumber tenaga utama. Badan juga tidak banyak mengambil karbohidrat
    sebaliknya  diganti dengan makanan yang kaya protein. 
 
Mengapa Tidak Berhasil:

  • Beberapa orang beranggapan satu keping daging lebih baik daripada satu
    keping roti. Sebenarnya, pengambilan karbohidrat mestilah sesuai dengan
    keperluan. Bagi wanita hamil, remaja dan pesakit diabetes, berhati-hati
    dengan diet ini. 

  • Penurunan karbohidrat akan merendahkan kadar insulin.  Tetapi, ia juga
    boleh mengakibatkan nafas berbau, kelelahan dan rasa mual. The American
    Dietetic Association menyarankan mengambil 55-60% kalori dari
    karbohidrat.
 
6. Diet Paleo 
 
Kaedah Yang Digunakan:

  • Program ini berdasarkan diet kuno yang mengambil makanan seperti
    sayuran, kacang-kacangan, buah-buahan dan daging. Anggapan mereka bahawa
    masyarakat pra sejarah tidak mengalami penyakit ‘moden’ kerana kurang kalori dalam makanan. 
 
Mengapa Tidak Berhasil: 

  • Secara umumnya, badan menghadkan pengambilan makanan sehingga
    kekurangan susu, bijian dan kacangkacangan yang merupakan sumber nutrisi
    penting untuk  kesihatan badan.
 
7. Diet Haleluya
 
Kaedah Yang Digunakan: 

  • Mengambil 85% semua sayuran mentah dan 15% daripada makanan yang
    dimasak. Sayuran yang dimasak dalam bentuk kukus atau rebus. Ada juga
    yang memasukkan sayuran ke dalam masakan. 
 
Mengapa Tidak Berhasil: 

  • Cara ini tidak sesuai bagi anda yang bukan penggemar diet
    vegetarian.Kebanyakan pesakit hendaklah dipantau oleh pegawai kesihatan
    kerana ia boleh menjadi anemia. Mengambil sayuran mentah bukan sahaja
    memberi kesan kepada sistem pencernaan dan tidak ada juga bukti
    menunjukkan sayuran mentah sangat efektif daripada sayur yang dimasak. 
 
8. Diet 17 Hari
Kaedah Yang Digunakan:

  • Diet ini adalah untuk mengubah pola makan setiap 17 hari sebelum badan
    dapat menerima kebiasaan makanan yang diambil dalam menjaga
    metabolisme. Dimulakan dengan makanan rendah kalori. Kemudian, berubah
    kepada 1500 kalori per hari dan tahap ketiga makan sesuka hati pada
    hujung minggu.

No comments:

Post a Comment